Monday, August 16, 2010

Duhai Hati..


Duhai hati..
kamu mungkin diuji oleh Allah dengan pelbagai ujian. kekadang ujian melemahkan jiwa dan memberikan tekanan tetapi ingatlah duhai hati di situlah akan tergambarnya tahap keimananmu. Adakah kamu sabar atau tidak redha dengan takdir yang ditentukan olehNya?.

Duhai hati..
tidak cukupkah lagi dengan firman-firman Allah tentang ujian dan kesabaran? atau kamu sengaja menafikannnya?

Allah berfirman dalam surah Asy- Syura ayat 32-33 yang bermaksud:
"Dan, di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kapal-kapal (yang belayar) di laut seperti gunung-gunung. Jikalau Dia menghendaki, Dia akan menenangkan angin, maka jadilah kapal-kapal itu terhenti di permukaan laut. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Nya) bagi setiap orang yang bersabar dan banyak bersyukur."

Allah juga berfirman dalam surah Al-Anbiyaa ayat 35 yang bermaksud:
"Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan."

Duhai hati..
tidakkah kamu sedar, setiap manusia yang hidup pasti akan diuji oleh Allah tetapi persoalannya adakah kamu bersedia untuk diuji? kamu tidak akan diuji kecuali kita mampu untuk menghadapinya tetapi kenapa seringkali kamu mengeluh, membiarkan mulut mengomel, dan perbuatan memprotes setiap kali ujian menimpa? sedarlah duhai hati sesungguhnya

Allah befirman dalam surah Al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud:
"Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya."

Duhai hati..
Ingatlah, Ganjaran menanti bagi yang diuji.

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawasanya: "Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi].

Duhai hati..
Tidak cukupkah lagi ini semua untuk menenangkanmu yang seringkali gundah dan kecewa setiap kali Allah mengujimu.. ketahuilah mungkin ujian ini terbaik untukmu. bukan Allah tidak tahu sakitnya dirimu tetapi mungkin ini yang Allah mahu kerana dengan ini kamu akan dekat dan akan sentiasa mengingatiNya..

"Be strong and keep on praying. He listens."

Thursday, August 12, 2010

yAnG tErInDaH


Semenjak kau hadir dalam hidupku
tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
hingga aku terasa indah

Maafkan jika ku tidak sempurna
tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu,
merindui dirimu,
memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu...

Kau yang bernama cinta
kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
hingga aku rasa indah