Tuesday, February 26, 2013

22 minggu

Alhamdulillah kandungan saya dah masuk 5 bulan lebih (22 minggu). Masih lagi loya dan muntah. Sungguh tidak selesa tapi saya yakin mesti ada hikmah di sebalik dugaan ini. Kadang-kadang dalam hati merungut tapi cepat-cepat saya beristighfar. Apalah sangat dugaan yang kecil ini jika hendak dibandingkan dengan nikmat Allah yang tak ternilai besarnya yang tengah saya rasai sekarang. Selalu saya mengingatkan diri sendiri bahawa saya antara wanita yang bertuah kerana rahim saya telah dipilih oleh Allah untuk mengandungkan seorang hamba Allah seperti saya. Semoga hamba Allah yang bakal lahir ini akan memudahkan saya dan suami ke syurga.

Bekerja dalam keadaan masih alahan bukan sesuatu yang mudah. Saya cepat letih, perut pula selalu sebu dan lidah sentiasa rasa pahit. Tapi ada kalanya bila saya sibuk bekerja di dalam lab saya dapat merasakan yang baby saya bergerak aktif seperti dia juga sedang sibuk bekerja seperti saya. Ini membuatkan saya tersenyum sendirian. Hilang segala keletihan dan ketidakselesaan.

Bila waktu malam selepas maghrib saat saya sedang berehat menghilangkan lelah saya dapat merasakan putaran, tolakan dan tendangan kecil di perut. Bagi saya saat ini seperti dia mahu saya mengusapnya dan melayannya setelah seharian saya sibuk bekerja tanpa ada masa berbicara dengan dia. comel kan :)

Tido saya sekarang juga tidaklah selena dulu kerana kerap terjaga untuk ke tandas. Saya juga kerap menukar posisi badan akibat ketidakselesaan. Tapi demi baby comel ini saya rela asalkan dia selesa di dalam sana dan dalam kedudukan yang selesa.

Sesungguhnya pengalaman 5 bulan pertama ini adalah tidak ternilai berharganya bagi saya ^_^


Sunday, July 1, 2012

I'm Sorry flower

I've got "I'm Sorry flower" from someone special. 
Sometimes, surprise present can speak louder than words. Before this i heard that no matter the offense, flowers are a great first step toward forgiveness. 
I'm not really believe that but when it is happen to me i had no choice but to accept that is true. Mode: Smile :) :)


Friday, June 29, 2012

Sy ada peminat???

Hahahaha.. ni dia peminat-peminat sy yang setia menanti kat depan pintu setiap pagi masa sy keluar nak g kerja. Comel ^_^.. Dan sebagai ganjarannya sy kasi diorang biskut munchy supaya diorang makin sihat dan akan sentiasa ada kat depan pintu pada hari-hari mendatang :) :) :)


Wednesday, June 27, 2012

wordless wednesday



Again..

Cried.. again.. really felt sorry to myself.. 

I wish i'd had the courage in pretending that nothing has happened but i can't

That words really hurt me so much. Please Allah give me the strength..

I hate to cry. It always make me feel weak and worse about myself. 

But i do hope that this tears will wipe my hurt away.. 


Tears are words the heart can't say. Don't ever wipe your tears if you still want to cry..



Tuesday, June 26, 2012

Dugaan..

Sedih bila dimarahi tanpa mengetahui sebab yg sebenar. Tapi sy bersangka baik dengan Allah kerana sy tahu bahawa segala dugaan yg Allah beri pada setiap hambaNya adalah dengan hikmah.


"Jangan berkecil hati jika orang lain salah paham pada kita,
Kerana Allah paham isi hati kita dan,
Jangan gusar jika ada yang menghakimi kita,
Kerana Allah adalah sebaik-baik hakim..

Sesungguhnya, setiap kali sy mengingati janji-janji Allah hati sy pasti menjadi tenang, Alhamdulillah..

"Lindungi kesedihan dengan senyuman, 
Meskipun di hati penuh kedukaan,
Kerana ketabahan menghadapi dugaan,
Menunjukkan kita mempunyai IMAN..
InsyaAllah"

Dikala begini saya cuba memujuk hati sendiri dan percaya yg Allah sentiasa bersama hambaNya yg sabar.

"Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah yang Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak disangka.."

Wednesday, June 20, 2012

Wordless wednesday