Monday, August 15, 2011




"Bila kaki penat berlari,
langkah hampir terhenti,
Datang sinar dari Ilahi,
menunjukkan jalan yang pasti,
Agar diri menjadi berani,
kerana yakin Dia sentiasa di sisi"


Ya Rabb…

Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepadaMu Ya Rabb… Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, Ikhlaskanlah hati aku untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada aku. Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya hati aku maka aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaranMu Amin Allahumma Amin (dipetik dari iluvislam)